Monday, July 27, 2009

tolong!

buat sesuatu..bantu beruang kutub dan singa laut untuk terus mempunyai habitat...




GAMBAR ini menunjukkan sejumlah ais berada (berwarna putih) di Laut Chukchi dekat
Pelabuhan Barrow, Alaska (kiri) pada Julai 2006 tetapi situasi berubah
pada Julai 2007 (kanan) apabila ais itu cair dan hilang. - Kosmo! 27 Julai 2009

Friday, July 24, 2009

status

pegawai besar: apa yg suka sgt tu
aku: suka?
pegawai besar: tu soploh ringgit...soploh ringgit...dah 20ringgit tu
aku: oppppppsss...

(aku kutip hutang sebnrnya dari kwn2 sepejabat)
itu la kwn2..hati2 tulis status di IM anda
betul aku terlupa, ada di kalangan contact yg bisa nampak aku online ialah di kalangan
pegawai2, chisss ni akibat bermurah hati membantu mereka dgn kerja2 email-mengemail lah ni

dan mulai sekarang mungkin status IM ku perlu lebih sopan..untuk mengelakkan provokasi lagi
dan abg-ku juga dah add aku di IM nya, memang kena lebih sopan lah! haha..

Thursday, July 23, 2009

kalau mati hari ni dijamin masuk syurga..

...aku volunteer!!

seorang teman-ku sering mengusikku dgn kata2 semcm itu.

mati hari ni, dgn jaminan syurga dia boleh dpt apa2 aje yg dihajatkan

tanpa prejudis, tanpa persoalan..maklumlah syurga

sedangkan syurga dunia pun sudah nikmat

apetah lagi syurga, di syurga sana

pasti nikmat berganda2

dulu2 mmg agk kecil hati, maklumlah dia mati dgn offer masuk syurga tu pasti aku tinggal sorg2
:sanggup aku ditinggali-nya

fikir2 semula..andai aku juga dpt twrn sedemikian

aku juga mahu..mati hari ni, dgn jaminan syurga

sebab hidup lama dgn lambakan dosa pun x asyik juga

maklum lah aku ini cuma seorang aku..

tak hijau langsung..

oh, semlm ke jln2 ke putrajaya, pusat pentadbiran malaysia

dalam cuaca yang panas, dan berjerebu itu putrajaya kelihatan x wow langsung

macam berjalan atas kepingan keluli2 dan besi yang dipanaskan

bangunan2 yang kebanyakan bercermin kaca x membantu langsung

masjid-besi-2.jpg

masjid besi(perlu ke?) kelihatan memancar2..lagi tambah panas dan sakit mata

pavement/siar kaki pun menambahkan elemen kepnsn itu..ermm apa tah logik nya,
kalau dilihat cetak biru nya atau dilihat melalui pandangan udara mungkin la ia cantik dan berseni kreatif

aku kesian warga yang bekerja di sana
mungkin kekurangan oksigen..
mungkin mengalami dehidration terlampau..sebab tu selalu keluar dasar2 merepek? haha

kalau aku lah, aku tanam pokok banyak2...baru world..nak berjalan2 di siar kaki pun nyaman je..x la nampak janggal sgt bila2 perhimpunan manusia berkot dan bertali leher berlangsung di tgh2 panas tu..sekurang2nya pokok menampakkan soft element, baru cool..

ooh yea...aku dengar taarif elektrif mungkin dibincangkan utk dinaikkan lagi..mungkin sume org boleh start psg solar sistem dirumah masing2, di putrajaya terutamanya sbb surface nya mmg membantu..ahakss..

baru lah hijau!


Tuesday, July 21, 2009

heh..




kebas

hari-hari kalau rasa marah pun x jadi apa

apetah lagi marah tu tak ditujukan pada sesiapa

cuma marah pada diri sendiri, geram pada perbuatan sendiri

lemah pada kelemahan sendiri

bingung pada kebingungan sendiri

melayan kecintaan pun, kalau keterlaluan akan buat hati kebas

entah apa tujuan nya, tapi rasa kebas ni x pernah hilang

apa tah lagi, bila tahu tiada apa yang nak di tuntut..nak diperjuangkan



Monday, July 13, 2009

kain pasang dan kebaya raya

hari ni setiap warna yg aku nampak

aku berkenan dan nampak cocok je untuk di buat baju raya

tadi aku nampak halle berry pki dress berwarna biru nila..cool giler

pastu tgk ad desperate housewife kat star world..merah menyala2..huih..drolling plak

erm..mungkin lepas ni aku akn teruja tengok warna hijau, coklat, kelabu, hitam..apa2 saja warna

pokok-nya selagi x membeli kain pasang dan kebaya raya yang cool, aku akan terus2an terkesan dengan penonjolan warna2 di mana sahaja..

jadi..mari ke jakel membeli kain pasang dan kebaya raya

haha


Friday, July 10, 2009

buku ajaib

kemas2 jumpa sebuah buku berkulit hijau..cukup aku cam, aku belek2 dan jumpa byk catatan..




Pemandangan

Pagi tadi aku terpandang satu pemandangan yang buat aku bersyukur n muhasabah diri aku sendiri
I saw an old couple, in the park, holding hands, walking along in their pj's
Smiling to each others..
Sangat touching and it keeps my smile all day long
___________________________________________________________________



rindu

sering sahaja aku nafikan yg aku sedang merindu..sebab bila rindu, aku x nampak adakah berbaloi aku menanggung rindu ini.. Bukan kerna rindu-ku tidak ikhlas, serasa rindu ini membuak2..cuma tertuliskah hak aku itu, untuk merindu? Hidup & rindu sering menemani
dalam hidup ada rindu..dalam rindu ada hidup
yang ku dambakan!
___________________________________________________________________


no tittle
women's heart are just like a deep ocean..full with secrets..
___________________________________________________________________



umur
hari ini terasa umur-ku terlalu cepat anjaknya..sakit didada, kesan kerja-kerja semalam, menyucuk2..terasa dada sempit dan tegang.. Terima-lah hati betapa tuanya engkau, seiring dgn waktu, berapa banyak-kah waktu itu terisi dengan pulangan yang sebaik-nya.. Bila tua mengejar diri, rasa singkatnya hidup, rasa baru semalam bekejar dengan rerama.. di waktu senja.. di padang itu
___________________________________________________________________


ketawa

kawan ketawa beramai-ramai..ketawa ikhlas, sindir, keji atau sekadar ketawa tuk sedapkan hati..semua ada nilai.. Mungkin untuk tambahkan nilai..atau kurangkannya.. Terpulanglah, hidup dengan ketawa mungkin ceria, tapi makna-nya?
___________________________________________________________________



aku akan taip lagi dan lagi..
aku ingin dokumentasikan ke-emo-an aku masa tu,
masa aku sedang struggle mengenal hidup, ditindas dan belajar bangun untuk diri sendiri
juga kekuatan dan inspirasi yang aku temui
sesungguhnya kata2 yg diucap pd nada dan masa yg betul mmg boleh mengegarkan dunia pun
mungkin aku perlu asahkan skill hari dulu itu untuk kegunaan hari ini
dan mungkin aku perlu tajamkan ilmu2 itu..sekurang2nya untuk kelangsungan hidup aku sekarang ni.. mungkin..


Thursday, July 9, 2009

lovetolovebeloved

i met him,

he pulled my spirit from my chest and stroke it everyday.



Friday, July 3, 2009

oooo-yeah..



kemas-kini

ok..hari ni 3-Julai-2009, Jumaat

dan aku genap berjumlah 10460 hari di bumi Allah ni

syukur...



Thursday, July 2, 2009

keliru

dia: ko da bf ke
aku: huh? jenama apa-kah soalan ko ni
dia: yeedaaaaa...bf=breakfast la bukan boyfriend daaaaaaaaaaaaaa
aku: oooo

aku tanya balik..tak mahu melayan kekeliruan hingga jadi kegilaan

dia kata 'bf' tu bahasa remaja, bahasa sms..**oh aku sungguh tidak remaja-kah

my ultimate confusion for today;

kenapa aku asyik ingat hari ni 1 julai? m i missing anything?




cuaca

kebelakangan ini cuaca x menentu

hujan panas jerebu mendung bertukar ganti mewarnai awan

hujan nyaman-nya tido..bau rumput dijatuhi titis hujan memang candu bagi aku

panas tiada enak-nya, berpeleseran pun sorok2 jalan di bawah pokok

jerebu..habuk-nya sering buat aku tersedak

mendung pula selalu buat aku rasa melankolik, dramatik

cuaca yang tak menentu juga seolah-olah refleks pada hati-ku

kadang2 kualahan, kadang2 bagus2 sahaja..

sering jika ada majlis dan keramaian weather consultant akan di panggil

untuk pastikan cuaca jadi cantik molek..

untuk bikin awan berarak dengan nyaman-nya

erm..mungkin aku juga perlukan weather consultant utk hati-ku ini